Tentang Portal
Soalan Lazim
Jawapan kepada persoalan yang kerap dikemukakan berkaitan perolehan dan penggunaan sistem ePPerak.
Klik Log Masuk di bahagian atas portal, pilih Pembekal (Login Dan Pendaftaran), kemudian lengkapkan borang pendaftaran. Pautan pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
Ya. Perolehan bekalan dan perkhidmatan memerlukan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (MOF), manakala perolehan kerja memerlukan pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Kod bidang yang diperlukan dinyatakan pada setiap iklan.
Maklumat tempoh dan tempat jualan dokumen dinyatakan di dalam setiap iklan. Sila rujuk ruangan Tarikh Jual Dokumen dan Harga Dokumen pada halaman iklan berkenaan.
Bagi iklan yang menyediakan kemudahan tersebut, bayaran boleh dibuat melalui gerbang pembayaran dalam talian yang dipautkan pada halaman iklan. Sekiranya tiada pautan bayaran, bayaran hendaklah dibuat mengikut kaedah yang dinyatakan di dalam iklan.
Pada halaman log masuk pembekal, klik pautan Lupa Kata Laluan. Pautan penetapan semula kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel akaun anda.
Tawaran yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dipertimbangkan. Sila ambil perhatian bahawa waktu tutup adalah mengikut waktu yang dinyatakan di dalam iklan.
Sebarang pindaan diterbitkan sebagai Ralat dan dipaparkan pada tab Ralat di senarai iklan serta pada halaman iklan berkenaan. Pembekal dinasihatkan menyemak bahagian ini sebelum menghantar tawaran.
Bagi masalah teknikal penggunaan sistem, sila kemukakan aduan melalui portal Aduan ICT Kerajaan Negeri Perak yang dipautkan di bahagian bawah portal ini. Bagi pertanyaan berkaitan sesuatu perolehan, sila hubungi pegawai yang dinyatakan di dalam iklan.