Maklumat Portal
Dasar Privasi
Bagaimana maklumat peribadi anda dikumpul dan digunakan.
Dasar ini menerangkan pengendalian maklumat yang dikumpul melalui portal ePPerak.
Maklumat Yang Dikumpul
Maklumat peribadi dan maklumat syarikat dikumpul hanya apabila anda mendaftar sebagai pembekal atau menyertai sesuatu perolehan. Maklumat ini digunakan semata-mata bagi tujuan pengurusan perolehan.
Perkongsian Maklumat
Maklumat anda tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga kecuali dikehendaki oleh undang-undang atau bagi tujuan pengesahan pendaftaran dengan agensi berkaitan.
Keselamatan
Langkah keselamatan yang bersesuaian diambil bagi melindungi maklumat daripada capaian tanpa kebenaran. Anda bertanggungjawab merahsiakan kata laluan akaun anda.